Sabtu, 5 September 2009

anAk sOleh...

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

kAmi merindukAn...


Kami merindukan...


Suatu hari, dimana masjid dipenuhi kaum muslimin. Mereka berusaha pergi kerumah Allah SWT dengan penuh suka cita, menunggu azan subuh dengan penuh kerinduan. Dari belakang muadzin, mereka menjawab lantunan azan yang berkumandang, penuh penghayatan. Mereka itu berada dalam pertemuan dengan Allah SWT.

Kami merindukan...

Datangnya suatu hari, saat seorang muslim begitu menyesal & sangat merasa sedih, gara-gara tertinggal solat subuh, sekali saja.

Kami merindukan...

Suatu hari, saat mendapati agama Allah SWT adalah agama bagi seluruh penduduk di muka bumi.

Kami merindukan...

Itu semua dan kami meyakini bahwa kenyataannya yang kita alami hari ini, sebelumnya adalah mimpi kelmarin-kelmarin.

Kami merindukan...

Suatu hari, saat melihat semua harapan menjadi kenyataan yang dapat kami lihat dengan mata kepala sendiri.

Selasa, 4 Ogos 2009

Isnin, 3 Ogos 2009

muslimAh sejAti

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesbuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah s.w.t yang bermaksud: “…Perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (An-Nisaa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak salih dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dalam kehidupan sehari-hariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al-Tausi)

Ahad, 2 Ogos 2009

ku ingin jAdi....







fAtimAh puteri rAsulullAh

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.


Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Selasa, 7 Julai 2009

lembArAn hidup wAnitA

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih hati Allah
Susah senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Aisyah?
Isteri rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku


Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.

resepi perkAhwinAn bAhAgiA


2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan

kelemahan-kelemahan pasangan
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting

untuk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.


Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kestiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.


PERINGATAN:
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.



p/s Kepada kwn2 yg dh mendirikan rumahtangga & yg bakal mendirikan rumahtangga semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...




Isnin, 6 Julai 2009

kAu, kAwAn, sAhAbAt & temAn

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Ahad, 5 Julai 2009

TUJUH KALIMAH UNTUK DIAMALKAN

Samada sedar atau sengaja tidak mahu amalkannya, sebenarnya didalam kehidupan seharian kita boleh meraih pahala dari Allah S.W.T dengan mudah. Contohnya dengan menghafal dan mengamalkan 7 kalimah dibawah. Jadikanlah ia sebagai amalan seharian. Semoga akan mendapat lebih keberkatan daripada Allah S.W.T . :

  1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu .
  2. Mengucap Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu .
  3. Mengucap Insya-Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok .
  4. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini .
  5. Mengucap Inna lillahi wa inna ilahi raji’un jika menghadapi dan menerima musibah .
  6. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammadun Rasullullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.


" Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu, mudah-mudahan jadi biasa kerana sudah terbiasa."

mulAkAn hArimu dengAn kAsih sAyAng

  • Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu kasih dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam...
  • Sebarkanlah kasih sayang kepada setiap umat manusia. Janganlah kamu kedekut dengan kasih sayangmu untuk diberikan kepada orang-orang yang beriman.
  • Jika kamu menyayangi orang lain bererti kamu menyayangi dirimu sendiri. Dengan itu, kamu telah memberikan makna kehidupan,keamanan dan kebahagiaanterhadap dirimu sendiri.
  • Kamu adalah orang yang pertama yang mengambil manfaat dari sifat kasih sayangmu yang telah diluahkan kepada orang lain.
  • Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan kasih sayang dan ingatkanlah dirimu dengan azammu itu supaya kamu menjadi orang penyayang dalam setiap urusan .
  • Jadikanlah segala tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorang yang penyayang, lembut, sabar, dan ramah.
  • Hendaklah kamu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang mulia, ramah dan rendah diri.
  • Jangan terlalu banyak mengkritik oarang lain pada permasalahan yang sememangnya masih banyak mengandungi perbezaan perbezaan pendapat dan banyak mengandungi pandangan yang berlainan.
  • Latihlah dirimu untuk sentiasa merenungi setiap sesuatu.
    Kenalilah dirimu sendiri.
  • Beritahukanlah kepada orang-orang di sekeliling kamu yang kamu menyayangi mereka.
  • Jika kamu terpaksa mengkritik orang lain, maka keluarkanlah kritikan itu dengan rasa kasih sayang.
  • Perbezaan pendapat tidak bererti permusuhan.
  • Hendaklah kamu bersikap bersederhana dalam menyayangi orang lain.
  • Jika kamu memulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang, maka kamu akan menjalani hari-harimu dengan penuh kasih sayang dan mengakhiri hari-harimu dengan kasih sayang pula.

BAGAIMANA CARA MENGEKALKAN KESIHATAN JIWA ANDA?

Seseorang pasti mampu mengekalkan kesihatan jiwanya dengan cara melakukan langkah-langkah yang dapat membantunya mencipta ketenangan, kestabilan dan ketenteraman jiwanya. Di antara langkah-langkah itu adalah sebagaimana berikut:

  1. Beriman kepada Allah S.W.T.. Sebagaimana sedia maklum bahawa iman memiliki kesan besar untuk menciptakan ketenangan jiwa, ketenteraman hatidan kedamaian nurani. Allah Taala berfirman:
    Ertinya:
    "Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, neacaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya."
    (At-Taghabun: 11)

  2. Reda dan qanaah. Ini juga memberi kesan besar untuk menciptakan kehidupan yang lebih baik dan ketenteraman hati seperti yang dikatakan dalam sebuah syair berikut:
    Qanaah menjadikan seseorang itu lega
    Ia jatuh ke dalam lembah kebingungn.
    Suwaid bin Ghaflah apabila mendengar seseorang mengatakan bahawa si polan itu begini dan begitu. Maka dia berkata, "Aku sudah berasa cukup dengan sepotong roti dan garam ini."

  3. Mewujudkan cita-cita dan tekun dalam bekerja.

  4. Turut serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

  5. Menghargai perbezaan yang ada di antara manusia.

  6. Membiasakan diri untuk berdikari.

  7. Berusaha untuk mencari sahabat yang jujur.

  8. Seseorang itu harus memiliki matlamat yang mulia dalam hidupnya.

  9. Tidak hilang tumpuan disebabkan banyak pekerjaan dalam masa yang sama.

  10. Memilih pekerjaan dan kerjaya yang sesuai dengan hati nurani.

  11. Melaksanakan tugasan dan kewajipan dengan baik.

  12. Menerima hidup seadanya, sama ada ia manis ataupun pahit.

"Malam sentiasa diselimuti pelbagai peristiwa mengejutkan. Kekuatan pasti diakhiri dengan kelemahan. Setelah sihat tidak lain adalah sakit. Setelah hidup tidak lain mati. Rumah yang dipenuhi kegembiraan pasti disusuli dengan kesedihan. Inilah lumrah kehidupan. "

Khamis, 25 Jun 2009

Rabu, 24 Jun 2009

CiNTa iTu SWeeT

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran..

Isnin, 22 Jun 2009

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA…


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu PUTUS ASA, KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi MILIK orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL.... kepada dirimu



Ahad, 15 Mac 2009

Just wAnt to shAre with u All..

To My Friend...

1. to my friends who are.. SINGLE love is like a butterfly. the more you chase it, the more it eludes you. but if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. so take your time and choose the best
2. to my friends who are.. NOT SO SINGLE love isnt about becoming somebody else's "perfect person." it's about finding someone who helps you become the best person you can be
3. to my friends who are.. PLAYBOY/GIRL TYPEnever say "i love you" if you dont care. never talk about feelings if they arent there. never touch a life if you mean to break a heart. never look in the eye when all you do is lie. the cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesnt intend to catch her fall and it works both ways..
4. to my friends who are.. MARRIEDlove is not about "it's your fault", but "im sorry." not "where are you", but "im right here." not "how could you", but "i understand." not "i wish you were", but "im thankful you are."
5. to my friends who are.. ENGAGEDthe true measure of compatibililty is not the years spent together but how good you are for each other.
6. to my friends who are.. HEARTBROKENheartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. the challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.
7. to my friends who are.. NAIVEhow to be in love: fall but dont stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.
8. to my friends who are.. POSSESSIVEit breaks your heart to see the one you love happy with someone else but its more painful to know that the one you love is unhappy with you.
9. to my friends who are.. AFRAID TO CONFESSlove hurts when you break up with someone. it hurts even more when someone breaks up with you. but love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.
10. to my friends who are.. STILL HOLDING ONa sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was nevers meant to be and that you have wasted years on someone who wasnt worth it. if she isnt worth it now she's not going to be worth it a year or 10 years from now. let go..
True love is not loving a perfect person but loving an imperfect person perfectly.

Jumaat, 13 Mac 2009

doA buAt kekAsih

Ya Allah

Seandainya telah engkau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagian antara kami

Agar kebahagian itu abadi

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ketepian yang sejahtera dan abadi

Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah

Seandainya telah engkau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia jauh dari pandanganku

Dan peliharalah aku daripada kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti

Berikanlah aku kekuatan

Menolak bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja nan merah

Ya Allah yang Tercinta

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu

Seseungguhnya apa yang telah engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku

Sesungguhnya engkau yang Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hambamu ini

Cukuplah engkau sahaja menjadi pemeliharaanku

Didunia dan diakhirat

Dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini

Janganlah engkau berikan aku bersendirian

Didunia dan diakhirat

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman

Agar aku dan dia bersama-sama dapat membina

Kesejahteraan hidup

Kejalan yang engkau redhai

Dan kurniakanlah keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah

Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan diakhirat

Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin...Amin....Amin....

Ya Rabbal’ Alamin