- Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu kasih dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam...
- Sebarkanlah kasih sayang kepada setiap umat manusia. Janganlah kamu kedekut dengan kasih sayangmu untuk diberikan kepada orang-orang yang beriman.
- Jika kamu menyayangi orang lain bererti kamu menyayangi dirimu sendiri. Dengan itu, kamu telah memberikan makna kehidupan,keamanan dan kebahagiaanterhadap dirimu sendiri.
- Kamu adalah orang yang pertama yang mengambil manfaat dari sifat kasih sayangmu yang telah diluahkan kepada orang lain.
- Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan kasih sayang dan ingatkanlah dirimu dengan azammu itu supaya kamu menjadi orang penyayang dalam setiap urusan .
- Jadikanlah segala tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorang yang penyayang, lembut, sabar, dan ramah.
- Hendaklah kamu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang mulia, ramah dan rendah diri.
- Jangan terlalu banyak mengkritik oarang lain pada permasalahan yang sememangnya masih banyak mengandungi perbezaan perbezaan pendapat dan banyak mengandungi pandangan yang berlainan.
- Latihlah dirimu untuk sentiasa merenungi setiap sesuatu.
Kenalilah dirimu sendiri. - Beritahukanlah kepada orang-orang di sekeliling kamu yang kamu menyayangi mereka.
- Jika kamu terpaksa mengkritik orang lain, maka keluarkanlah kritikan itu dengan rasa kasih sayang.
- Perbezaan pendapat tidak bererti permusuhan.
- Hendaklah kamu bersikap bersederhana dalam menyayangi orang lain.
- Jika kamu memulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang, maka kamu akan menjalani hari-harimu dengan penuh kasih sayang dan mengakhiri hari-harimu dengan kasih sayang pula.
Ahad, 5 Julai 2009
mulAkAn hArimu dengAn kAsih sAyAng
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan