Seseorang pasti mampu mengekalkan kesihatan jiwanya dengan cara melakukan langkah-langkah yang dapat membantunya mencipta ketenangan, kestabilan dan ketenteraman jiwanya. Di antara langkah-langkah itu adalah sebagaimana berikut:
- Beriman kepada Allah S.W.T.. Sebagaimana sedia maklum bahawa iman memiliki kesan besar untuk menciptakan ketenangan jiwa, ketenteraman hatidan kedamaian nurani. Allah Taala berfirman:
Ertinya:
"Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, neacaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya."
(At-Taghabun: 11) - Reda dan qanaah. Ini juga memberi kesan besar untuk menciptakan kehidupan yang lebih baik dan ketenteraman hati seperti yang dikatakan dalam sebuah syair berikut:
Qanaah menjadikan seseorang itu lega
Ia jatuh ke dalam lembah kebingungn.
Suwaid bin Ghaflah apabila mendengar seseorang mengatakan bahawa si polan itu begini dan begitu. Maka dia berkata, "Aku sudah berasa cukup dengan sepotong roti dan garam ini." - Mewujudkan cita-cita dan tekun dalam bekerja.
- Turut serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Menghargai perbezaan yang ada di antara manusia.
- Membiasakan diri untuk berdikari.
- Berusaha untuk mencari sahabat yang jujur.
- Seseorang itu harus memiliki matlamat yang mulia dalam hidupnya.
- Tidak hilang tumpuan disebabkan banyak pekerjaan dalam masa yang sama.
- Memilih pekerjaan dan kerjaya yang sesuai dengan hati nurani.
- Melaksanakan tugasan dan kewajipan dengan baik.
- Menerima hidup seadanya, sama ada ia manis ataupun pahit.
"Malam sentiasa diselimuti pelbagai peristiwa mengejutkan. Kekuatan pasti diakhiri dengan kelemahan. Setelah sihat tidak lain adalah sakit. Setelah hidup tidak lain mati. Rumah yang dipenuhi kegembiraan pasti disusuli dengan kesedihan. Inilah lumrah kehidupan. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan