Ahad, 2 Ogos 2009

fAtimAh puteri rAsulullAh

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.


Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Selasa, 7 Julai 2009

lembArAn hidup wAnitA

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih hati Allah
Susah senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Aisyah?
Isteri rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku


Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.

resepi perkAhwinAn bAhAgiA


2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan

kelemahan-kelemahan pasangan
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting

untuk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.


Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kestiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.


PERINGATAN:
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.



p/s Kepada kwn2 yg dh mendirikan rumahtangga & yg bakal mendirikan rumahtangga semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...




Isnin, 6 Julai 2009

kAu, kAwAn, sAhAbAt & temAn

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Ahad, 5 Julai 2009

TUJUH KALIMAH UNTUK DIAMALKAN

Samada sedar atau sengaja tidak mahu amalkannya, sebenarnya didalam kehidupan seharian kita boleh meraih pahala dari Allah S.W.T dengan mudah. Contohnya dengan menghafal dan mengamalkan 7 kalimah dibawah. Jadikanlah ia sebagai amalan seharian. Semoga akan mendapat lebih keberkatan daripada Allah S.W.T . :

  1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu .
  2. Mengucap Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu .
  3. Mengucap Insya-Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok .
  4. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini .
  5. Mengucap Inna lillahi wa inna ilahi raji’un jika menghadapi dan menerima musibah .
  6. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammadun Rasullullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.


" Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu, mudah-mudahan jadi biasa kerana sudah terbiasa."

mulAkAn hArimu dengAn kAsih sAyAng

  • Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu kasih dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam...
  • Sebarkanlah kasih sayang kepada setiap umat manusia. Janganlah kamu kedekut dengan kasih sayangmu untuk diberikan kepada orang-orang yang beriman.
  • Jika kamu menyayangi orang lain bererti kamu menyayangi dirimu sendiri. Dengan itu, kamu telah memberikan makna kehidupan,keamanan dan kebahagiaanterhadap dirimu sendiri.
  • Kamu adalah orang yang pertama yang mengambil manfaat dari sifat kasih sayangmu yang telah diluahkan kepada orang lain.
  • Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan kasih sayang dan ingatkanlah dirimu dengan azammu itu supaya kamu menjadi orang penyayang dalam setiap urusan .
  • Jadikanlah segala tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorang yang penyayang, lembut, sabar, dan ramah.
  • Hendaklah kamu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang mulia, ramah dan rendah diri.
  • Jangan terlalu banyak mengkritik oarang lain pada permasalahan yang sememangnya masih banyak mengandungi perbezaan perbezaan pendapat dan banyak mengandungi pandangan yang berlainan.
  • Latihlah dirimu untuk sentiasa merenungi setiap sesuatu.
    Kenalilah dirimu sendiri.
  • Beritahukanlah kepada orang-orang di sekeliling kamu yang kamu menyayangi mereka.
  • Jika kamu terpaksa mengkritik orang lain, maka keluarkanlah kritikan itu dengan rasa kasih sayang.
  • Perbezaan pendapat tidak bererti permusuhan.
  • Hendaklah kamu bersikap bersederhana dalam menyayangi orang lain.
  • Jika kamu memulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang, maka kamu akan menjalani hari-harimu dengan penuh kasih sayang dan mengakhiri hari-harimu dengan kasih sayang pula.

BAGAIMANA CARA MENGEKALKAN KESIHATAN JIWA ANDA?

Seseorang pasti mampu mengekalkan kesihatan jiwanya dengan cara melakukan langkah-langkah yang dapat membantunya mencipta ketenangan, kestabilan dan ketenteraman jiwanya. Di antara langkah-langkah itu adalah sebagaimana berikut:

  1. Beriman kepada Allah S.W.T.. Sebagaimana sedia maklum bahawa iman memiliki kesan besar untuk menciptakan ketenangan jiwa, ketenteraman hatidan kedamaian nurani. Allah Taala berfirman:
    Ertinya:
    "Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, neacaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya."
    (At-Taghabun: 11)

  2. Reda dan qanaah. Ini juga memberi kesan besar untuk menciptakan kehidupan yang lebih baik dan ketenteraman hati seperti yang dikatakan dalam sebuah syair berikut:
    Qanaah menjadikan seseorang itu lega
    Ia jatuh ke dalam lembah kebingungn.
    Suwaid bin Ghaflah apabila mendengar seseorang mengatakan bahawa si polan itu begini dan begitu. Maka dia berkata, "Aku sudah berasa cukup dengan sepotong roti dan garam ini."

  3. Mewujudkan cita-cita dan tekun dalam bekerja.

  4. Turut serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

  5. Menghargai perbezaan yang ada di antara manusia.

  6. Membiasakan diri untuk berdikari.

  7. Berusaha untuk mencari sahabat yang jujur.

  8. Seseorang itu harus memiliki matlamat yang mulia dalam hidupnya.

  9. Tidak hilang tumpuan disebabkan banyak pekerjaan dalam masa yang sama.

  10. Memilih pekerjaan dan kerjaya yang sesuai dengan hati nurani.

  11. Melaksanakan tugasan dan kewajipan dengan baik.

  12. Menerima hidup seadanya, sama ada ia manis ataupun pahit.

"Malam sentiasa diselimuti pelbagai peristiwa mengejutkan. Kekuatan pasti diakhiri dengan kelemahan. Setelah sihat tidak lain adalah sakit. Setelah hidup tidak lain mati. Rumah yang dipenuhi kegembiraan pasti disusuli dengan kesedihan. Inilah lumrah kehidupan. "